Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada harga semasa dijangka terus meningkat sebanyak 5.5% kepada RM1.5 biluon pada tahun ini disokong oleh aktiviti ekonomi yang mampan.

Tabungan Negara Kasar (TNK) dijangka meningkat 1.4% kepada RM377.5 bilion.

Jurang tabungan-pelaburan dijangka mencatat lebihan 2.9% daripada PNK pada tahun ini berikutan tahap TNK kekal melebihi jumlah pelaburan.

Kedudukan ini membolehkan Malaysia terus membiayai aktiviti ekonomi terutama daripada sumber domestik.

Pertumbuhan PNK dijangka terus meningkat 5.8% kepada RM1.6 trilion pada tahun 2020 manakala TNK dijangka berkembang secara marginal sebanyak 0.8% kepada RM380.8 bilion. – MalaysiaGazette