TERKINI : Tutup Akhbar UTUSAN “Satu Titik Hitam” untuk Media Melayu – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Penutupan syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Berhad yang diketahui umum merupakan satu titik hitam dalam sejarah media di Malaysia.

Ini kerana akhbar itu merupakan sebuah institusi penting di dalam negara ini terutamanya kepada masyarakat Melayu, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, penutupan syarikat akhbar itu smemangnya mengejutkan kerana ia merupakan pelopor kepada perjuangan kemerdekaan negara ini.

“Satu ketika dahulu Utusan Melayu jadi nadi dan suara orang Melayu dan kaum Melayu yang telah mepelopori perjuangan kemerdekaan dan pengisian kepada orang Melayu, pemerkasaan Melayu,” katanya.