Anthony Loke
NILAI – Kementerian Pengangkutan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan landasan baharu kereta api ‘Serendah-Port Klang Rail Bypass’, pada tahun hadapan.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkatam kajian itu dijangka selesai dalam tempoh enam bulan dan akan dicadangkan kepada kerajaan persekutuan bagi menentukan hala tuju projek tersebut.

“Ini satu projek strategik yang kita rancang dan sudah diberikan kelulusan untuk buat kajian kebolehlaksanaan dan kajian ini akan dimulakan tahun hadapan, kita jangka kajian ini boleh siap dalam masa enam bulan dan selepas ia (kajian) dilaksanakan maka kita akan cadangkan kepada kerajaan untuk tentukan hala tuju projek ini.

“Apabila ia (projek) dilaksanakan nanti, ia akan memudahkan pergerakan kereta api kargo antara utara negara ke Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan utama,” katanya selepas merasmikan Stesen KTM Komuter Nilai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata projek ini juga dijangka akan menarik lebih banyak pengusaha kilang untuk menggunakan sistem kereta api ini untuk mengangkut barangan mereka ke Pelabuhan Klang.

Dalam pada itu, Loke berpuas hati dengan pembentangan Belanjawan 2020 semalam, memandangkan kerajaan telah memberikan perhatian terhadap cadangan-cadangan yang telah dikemukakan pihaknya sebelum ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen, semalam mengumumkan kerajaan memperuntukan RM50 juta untuk pembaikan dan penyelengaraan jalan raya ke Pelabuhan Klang.

Kementerian Pengangkutan juga akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan projek Serendah-Port Klang Rail Bypass serta kajian kebolehlaksanan Koridor Logistik Klang dan kedua-dua projek ini dianggarkan bernilai RM8.3 bilion.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, projek Landasan Berkembar Lembah Klang Klang fasa satu (KVDT 1) melibatkan 16 stesen sedia ada yang dinaik taraf dijangka siap pada Julai tahun depan.

“KVDT1 iaitu sepatutnya siap pada tahun ini tetapi ada sedikit kelewatan di pihak projek dan kontraktor mohon diberikan lanjutan masa, jadi jangka tempoh siap Julai tahun hadapan dan Kita akan pantau perkara ini dan berharap projek ini siap mengikut jadual, jika tidak ianya akan memberi kesan kepada operasi.

“Bagi KVDT fasa dua yang melibatkan 28 stesen sedia ada yang akan dinaik taraf akan dimulakan tidak lama lagi,” katanya.

Loke berkata, KVDT1 dan KDVT2 merupakan jajaran yang berlainan melibatkan kerja naik secara berfasa bagi mengelakkan perkhidmatan keretapi terganggu bagaimana pun ianya masih tidak dapat dielakkan susulan terdekat landasan yang ditutup atas tujuan berkenan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast