Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat MyPPP, Kampung Attap, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayvies mendakwa selepas pembatalan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) – banyak pemimpin parti menghubunginya untuk mengadakan perbincangan.

Menurut beliau, parti pemimpin itu bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak malah ada parti daripada Semanjung pun berminat untuk bergabung dengan MyPP.

“Kita ada sokongan daripada Sabah Sarawak, ada parti dari sana sudah telefon saya nak jumpa dan kata mahu gabung dengan mereka.

“Ada parti dari s]Semenanjung pun sudah telefon (untuk bergabung) tapi saya minta beri masa sedikit dan saya akan aturkan dengan cara baik dan kita akan pergi ke peringkat seterusnya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ditanya samada parti yang menghubungi itu adalah parti daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) mahupun pembangkang, Kayveas tidak mahu mendedahkan parti mana yang berminat untuk bergabung dengan MyPPP.

“Itu nanti saya beritahu. Masa yang sesuai saya akan beritahu. Kita baru adakan pertemuan untuk minum-minum kopi, belum ada apa-apa lagi,” katanya lagi.

MyPPP sebelum ini berdepan krisis kepemimpinan apabila terdapat dua kem yang mendakwa menerajui parti berkenaan.

Berikutan itu MyPPP terpecah kepada dua kepemimpinan iaitu di bawah Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz selaku presiden yang dipilih selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu pada Mei tahun lalu dan pada masa sama Kayveas mengaku beliau masih presiden yang sah.

Januari lalu, RoS membatalkan pendaftaran MyPPP kerana berdepan krisis kepemimpinan.

Pembatalan itu dibuat Pendaftar Pertubuhan, Masyati Abang Ibrahim menerusi notis kepada parti berkenaan yang mana salinannya turut diserahkan kepada Kayveas, dan Maglin.

Menurut notis itu, keputusan membatalkan pendaftaran MyPPP dibuat berikutan rayuan dikemukakan parti itu tidak menunjukkan sebab yang cukup di sebaliknya.

RoS sebelum ini menarik balik notis perintah pembatalan MyPPP yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) Perintah Pembatalan (Seksyen 13(1)(c)(ix) dan keputusan membatalkan pendaftaran parti itu dibuat berikutan rayuan dikemukakan parti itu tidak menunjukkan sebab yang cukup di sebaliknya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast