KUALA LUMPUR – Tune Hotel klia2 dipilih sebagai Hotel Lapangan Terbang Utama Asia 2019 pada majlis Anugerah Perjalanan Dunia 2019 yang berlangsung di Vietnam.

Tune Hotels dalam kenyataan hari ini berkata hotel itu mengatasi beberapa pesaing terkuat di rantau ini, selain mengetepikan Hong Kong Marriott Airport Hotel yang menguasai kedudukan teratas sejak enam tahun lepas.

“Tune Hotel klia2 kini dinamakan sebagai pesaing dalam kategori Hotel Lapangan Terbang Utama pada 2019, seiring hotel jenama antarabangsa seperti Hilton London Heathrow Airport, Millennium Airport Hotel Dubai dan Parkroyal Melbourne Airport,” katanya.

World Travel Awards diwujudkan pada 1993 untuk memperakui, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlangan semua sektor utama dalam industri pelancongan, perjalanan dan perhotelan.

Tune Hotel adalah sebahagian daripada Ormond Group yang juga memiliki Ormond Hotels dan MoMo di bawah jenama masing-masing.- BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.