Pengarah Filem, Mamat Khalid bercakap semasa temubual khas di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak. foto SYAFIQ AMBAK, 23 APRIL 2019

KUALA LUMPUR -Pengarah terkemuka tanah air,  Mamat Khalid telah menunjukkan reaksi positif selepas dimasukan ke hospital semalam.

Berita itu dimaklumkan oleh anak keduanya, Sara dalam satu kenyataan kepada media.

Mamat atau nama sebenar, Mohamad Mohamad Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital swasta di Ipoh.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Papa, sahabat-sahabat jauh dan dekat, saudara-mara dan peminat-peminat Papa.

“Dia sangat disayangi dan kasih-sayang orang sekeliling Papa yang jadikan Papa kuat.

“Betapa besarnya rahmat Tuhan kepada Papa, dikelilingi oleh orang yang baik dan sayangkan Papa seperti darah daging sendiri,” katanya.

Sara yang mewakili seluruh ahli keluarga merakamkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan bapanya.

Dia pada masa sama turut berharap agar doa terus dititip kepada bapanya.

Mamat sebelum ini telah beberapa kali dimasukkan ke hospitl dan mendapatkan rawatan intensif. – MalaysiaGazette