DUBAI – Ayatollah Ali Khamenei mahu Pengawal Revolusi Iran membangunkan lebih banyak senjata berteknologi tinggi dan moden susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Teluk.
Ketegangan di Teluk meningkat kepada paras baharu sejak Mei 2018 apabila pentadbiran Donald Trump menggugurkan perjanjian nuklear antarabangsa dengan Tehran dan meletakkan had bagi program nuklear untuk mengurangkan sekatan.
Sejak Amerika Syarikat melaksanakan semula sekatan ke atas Iran, terdapat beberapa siri serangan ke atas Arab Saudi dan dan Teluk, sementara itu Washington dan sekutu-sekutunya pula menyalahkan Iran, walaupun negara itu menafikan sebarang pembabitan keganasan.
“Pengawal Revolusi perlu mempunyai senjata moden dan berteknologi tinggi….senjata anda perlu moden dan terkini. Ia perlu dibangunkan di negara ini. Anda perlu membangun dan mengeluarkan senjata sendiri,” kata pemimpin utama Iran itu di Universiti Tentera Imam Hossein di Tehran.
Tambah beliau, Pengawal Revolusi pada hari ini semakin kuat di dalam dan luar Iran… pendekatan bermusuhan Amerika Syarikat telah meningkatkan kehebatan andal,” kata Khamenei, menurut TV negara.
Washington dan Riyadh menuduh Iran berada di belakang serangan ke atas kemudahan minyak Arab Saudi pada 14 September, yang mengurangkan bekalan minyak dunia sebanyak 5%.
Tetapi Tehran menafikan sebarang peranan dalam serangan yang diakui dilakukan oleh pasukan Houthi.
Di tengah-tengah ketegangan ini, Washington pula merancang untuk mengerahkan kira-kira 3,000 tentera ke Arab Saudi, termasuk pesawat pejuang, sayap ekspedisi udara dan anggota pertahanan udara. – MalaysiaGazette