Anggota bomba memadamkan kebakaran di kawasan belukar berhampiran kediaman di Sylmar, California. fotO Agensi

LOS ANGELES – Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan besar-besaran di Los Angeles yang tercetus selepas musim angin kering dari padang pasir.

Kebakaran yang digelar Saddleridge fire itu berlaku pada malam Khamis di di pinggir utara Lembah San Fernando LA, telah membakar kawasan seluas hampir 8,000 ekar (3,237 hektar) pada hari Ahad.

Bagaimanapun, kawasan kebakaran terhad kepada kaki bukit dan gaung sahaja.

Sehingga pagi Ahad, anggota bomba berjaya memadam kira-kira 41% daripada kebakaran, lebih daripada dua kali ganda daripada yang dilaporkan pada sehari sebelumnya, selepas pihak berkuasa menarik semula semua notis pemindahan.

Pada hari Jumaat, isi rumah bagi 23,000 kediaman diarah berpindah selepas api merebak berhampiran kawasan perumahan di utara Los Angeles.

Sebanyak dua per tiga kediaman dan struktur-struktur lain dilapor musnah atau rosak.

Pasukan penyelamat berkata, pertukaran arah angin menjadi faktor utama yang menambah baik situasi kebakaran pada hujung minggu. – MalaysiaGazette