Beberapa kereta api laju yang terkandas selepas Tokyo dinaiki air selepas dilanda Taufan Hagibis pada Oktober 2019. foto Reuters

TOKYO – Jepun telah menempatkan puluhan ribu tentera dan kakitangan penyelamat selepas negara itu dilanda oleh Taufan Hagibis yang mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang.
at
Taufan Hagibis melanda di selatan Tokyo pada hari Sabtu, bergerak ke utara dan membawa banjir yang teruk.

Tujuh belas orang hilang susulan ribut tersebut, menurut laporan NHK.

Di tengah wilayah Nagano, air naik di laluan keretapi laju sementara helikopter digunakan untuk mengambil penduduk yang terpaksa menyematkan diri di atas bumbung rumah.

Seramai 27,000 pasukan tentera dan anggiota menyelamat lain telah dikerah terlibat dalam operasi bantuan, kata pihak berkuasa.

“Kerajaan akan melakukan apa yang paling utama,” kata Perdana Menteri, Shinzo Abe yang berjanji akan menempatkan lebih banyak tentera jika situasi memerlukannya.

Di bandar Kawagoe, kakitangan bencana terpaksa menggunakan bot untuk membawa keluar orang ramai yang terperangkap di rumah penjagaan.

Kira-kira 150,000 kediaman pula di Tokyo mengalami gangguan bekalan elektrik dan air.

Perkhidmatan kereta api dan penerbangan juga dibatalkan.

 

Beberapa anggota tentera menyelamat dua penduduk di atas bumbung selepas rumah mereka dinaiki air. Foto Reuters

Kebanyakan mangsa yang maut disebabkan terperangkap dalam tanah runtuh atau dihanyutkan banjir.

Sementara itu, beberapa kawasan di Jepun menyaksikan purata hujan turut sebanyak 40% dalam beberapa hari.

Di bandar Hakone, berdekatan Gunung Fuji, lebih daripada 1 meter hujan turun pada hari Jumaat dan Sabtu, paras tertinggi dalam tempoh 48 jam. – MalaysiaGazette