TERKINI : Keadilan Bukan Polis Tentukan “P. Ramasamy Ingin SOSMA Dihapuskan”

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy menggesa agar polis yang menahan beberapa orang termasuk pemimpin DAP agar mendakwa mereka di mahkamah ekoran dakwaan terlibat kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelan (LTTE).

Ujarnya, hanya Hakim di mahkamah sahaja yang boleh membuktikan tuduhan keatas mereka tanpa melibatkan pihak berkuasa.

“Saya tidak pertikaikan bukti polis kalau mereka ada bukti, tapi akhir sekali keadilan ditentukan oleh hakim mahkamah, bukan polis, peguam bela. Jadi kita minta bahawa perkara ini dibawa ke mahkamah,” katanya ketika mengadakan lawatan rasmi ke Dewan Rakyat, hari ini.