TERKINI : Kertas Putih LTTE “BN Akan Sokong Cadangan PAS” – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan terhadap cadangan Pas untuk kerajaan membentangkan Kertas Putih mengenai Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, cadangan itu perlu bagi memperjelaskan mengenai pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai LTTE.

“Ianya akan menjadi satu langkah yang akan disokong oleh ahli ahli parlimen BN jika pihak kerajaan menerima kerana kita mahu memperjelaskan kepada rakyat terutamanya mereka yang bersimpati terhadap kewujudan LTTE ini.