🎥 EKSKLUSIF MGTV : Kejutan Gelombang “BLIESE” di Pasaran

SHAH ALAM – Quadrant Six Sdn. Bhd. telah mencatat keuntungan luar biasa ke atas penjualan produk pewangi pelbagai guna jenama Bliese walaupun tidak sampai sebulan berada di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Suhaimi Saiful berkata, jualan sebanyak 130,000 Bliese dalam tempoh itu merupakan satu isyarat gelombang besar yang mula melanda negara ini.

Jelas beliau, angka itu sepatutnya menjadi sasaran syarikat pada penghujung tahun ini namun lebih awal dicapai.

“Sambut menggalakan ke atas Bliese memang satu kejutan dan luar biasa untuk syarikat yang tidak sampai sebulan beroperasi.