Sulli. foto Agensi

SEOUL – Bintang K-pop, Sulli ditemui mati di kediamannya di sini.

Beliau berusia 25 tahun.

Polis kini melancarkan siasatan untuk mencari punca kematiannya yang didakwa bunuh diri.

Bintang itu memiliki lebih 5 juta pengikut di Instagram, adalah bekas ahli sebuah band tetapi meninggalkan kumpulannya pada tahun 2015 untuk memberi fokus dalam bidang lakonan.

Sulli selalu muncul dalam beberapa program TV dan menyatakan beliau selalu menjadi mangsa penyalahgunaan Online.

Sesetengah percaya Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri, menarik diri sebagai artis K-pop selepas bergelut dengan penyalahgunaan Online.

Sulli dikenali kerana artis yang kontroversi.

Beliau tanpa malu pernah memberitahu peminat-peminatnya bahwa mereka mempunyai pilihan untuk mendedahkan tubuh masing-masing.

Malah, beliau turut terlibat dalam skandal ‘no bra’, yang mana beliau mendedahkan buah dadanya dalam beberapa acara.

Sejak itu beliau mengalami penganiayaan di media sosial. – MalaysiaGazette