Richard Huckle, foto Agensi

LONDON – Lelaki Britain yang dipenjarakan kerana terlibat dalam pelbagai jenayah seks terhadap kanak-kanak di Malaysia ditikam sehingga mati di sebuah penjara.

Richard Huckle, 33, dari Ashford, Kent telah melakukan penganiayaan lebih 200 kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 12 tahun pada tahun 2006 dan 2014.

Dia dikenakan 22 hukuman seumur hidup selepas mengaku bersalah terhadap 71 pendakwaan penganiayaan seks.

Semasa dalam perbicaraannya di Old Bailey pada tahun 2016, penyiasat yang memeriksa komputernya mendapati lebih daripada 20,000 gambar dan video yang tidak senonoh.

Gambar-gambar itu dikongsi dengan pedophilia di seluruh dunia melalui laman laman sesawangnya.

Huckle, yang bekerja sebagai jurugambar bebas, cuba membuat perniagaan keluar daripada penganiayaan dengan mendapatkan pembiayaan ramai bagi mempamerkan gambar-gambar yang dirakam.

Namun, lelaki pedophilia itu ditahan pada tahun 2014. – MalaysiaGazette