KUALA LUMPUR – Demi menghormati pemergian bintang K-Pop iaitu Sulli, kumpulan Super Junior sanggup menangguhkan pelancaran single terbaharu mereka.

Perkara tersebut diumumkan menerusi laman web rasmi kumpulan yang sepatutnya melancarkan single yang bertajuk Time Slip.

Sulli yang merupakan bekas ahli kumpulan f(x) ditemui mati di kediamannya yang terletak di Seongnam, Korea Selatan, petang Isnin.

Beliau meninggal pada umur 25 tahun.

Polis kini melancarkan siasatan untuk mencari punca kematiannya yang didakwa bunuh diri.-MalaysiaGazette