TERKINI : Azmin Ali Tak Akan Tinggal Parti “Unless Ada Orang Cemburu dan Buang Saya”

Menjawab mengenai perkara itu, Azmin berkata tiada ada sebab untuk beliau meninggalkan parti itu kerana kedudukan beliau ditentukan oleh ahli-ahli parti.

“Saya telah dipilih dan saya dibentuk mandat besar dalam PKR dan bukan saya sahaja, seluruh pasukan PKR kita dapat undi dua pertiga dalam pemilihan parti.

“Jadi tidak ada sebab untuk saya tinggalkan parti melainkan ada yang cemburu nak tendang saya keluar daripada parti. Itu terpulang kepada mereka. Tapi saya komited kepada parti dan akan tetap dalam parti dan bina parti dan sokong kepimpinan dan juga ahli,” katanya lagi.