TERKINI : “Syed Husin Cemburu” dengan Kejayaan Tun Mahathir – Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Syed Ali mungkin cemburu dengan kejayaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendapat sambutan hangat daripada rakyat.

Katanya lagi, keberadaan Syed Husin dalam arena politik tidak langsung memberikan apa-apa kesan kepada negara.

“Ini pandangan Syed Husin, dia sudah berpuluh tahun dalam politik, tidak ada kesan pun. Mungkin dia cemburu dengan kejayaan Tun Dr Mahathir yang mendapat sambutan gemuruh daripada rakyat Malaysia.

“Biasalah pandangan dia,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.