KUALA LUMPUR – Penyanyi rap yang baharu sahaja meningkat naik MK mendedahkan wanita yang mencium pipinya dalam suatu majlis sehingga video itu tular telah memohon maaf.

Justeru, Muhammad Hairi Amin, 23, menganggap isu itu tidak perlu dipanjangkan lagi.

“Perkara itu bukan disengajakan dan saya pun hairan kenapa benda ini jadi kecoh. Bagi saya ia jadi sensasi disebabkan tokok tambah dengan komen-komen netizen.

“Peminat itu pun sudah minta maaf secara peribadi dengan saya lagipun bagi saya ia tidak seteruk mana. Perbuatannya itu tidak ganas, cuma ia di luar kawalan sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sidang media Konsert Hausboom Music 2019 hari ini.

Anggota kumpulan K-Clique itu dalam masa berkata tiada keperluan untuk mengupah pengawal keselamatan sebaliknya tidak akan serik melayani peminatnya sebagai penghargaan terhadap penerimaan kepada K-Clique dalam industri seni.

“Bagi saya tiada keperluan untuk mengupah bodyguard sebab peminat masih lagi terkawal malah saya sebenarnya tidak pernah berasa rimas dan penat dengan peminat sebaliknya rasa bersyukur mereka meminati dan menghargai muzik kami yang bukan siapa-siapa ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast