Reaksi ceria Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil diperhatikan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Kedudukan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dikatakan bakal dilantik Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN kelak.

Namun pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak  memaklumkan tarikh mesyuarat itu akan diadakan.

“Kita belum ada mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Insya Allah bila ada tiba masanya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian diminta mengulas tentang laporan daripada sumber MalaysiaGazette sebelum ini yang Presiden UMNO, MIC dan MCA  sebulat suara mahu melantik Hishammuddin sebagai Setiausaha Agung BN.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai calon BN bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, Ahmad Zahid berkata, perkara itu juga akan akan diputuskan selepas kesemua presiden parti-parti berbincang dalam masa terdekat.

PRK itu diadakan susulan penyandangnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menter, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik meninggal dunia pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjangkakan BN mengumumkan calonnya pada penghujung bulan ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast