Norhizam Hassan Baktee

KUALA LUMPUR – Ekoran video tular membabitkan dirinya, Exco kerajaan Melaka, Norhizam Hassan membuat laporan polis mengenainya.

Laporan dibuat di Balai Polis Air Keroh, Melaka hari ini.

Dalam laporan itu, Norhizam mahu polis membuka kertas siasatan terhadap anggota polis di Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur yang didakwa merakam dirinya.

Beliau juga mendakwa rakaman itu dibuat oleh anggota polis di IPK tersebut yang bertugas antara pukul 2 hingga 5 petang hari ini.

“Video yang tular juga tidak tepat dan tidak menyeluruh tentang kejadian sebenar. Dipercayai rakaman dan penularan video yang dibuat telah melanggar Etika kerja, Akta Kerahsiaan Kerajaan dan Akta 298 kawasan larangan dan tempat larangan 1959,” kata Norhizam dalam laporan itu.

Beliau mahu anggota yang bertugas bertanggungjawab dalam isu penularan itu dan mahu siasatan dilakukan.

Sebelum itu, video menunjukkan kekecohan berlaku antara Norhizam dengan anggota polis di IPK Kuala Lumpur tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:

Norhizam buat kecoh lagi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Kmu tu yg bongkak, sombong. Kmu igt, kmu YB tu dh cukup besar la, kmu pun rakyat yg lantik, jgn la pulak nk lawan dgn polis. Hormat la penguat kuasa.sepatut nya kmu tunjuk teladan yg elok, bkn nya tunjuk kan kuasa kmu sebagai YB. Manusia ni dh memang mcm tu. Kesalahan pertama diri sndiri ngaku. Tp tuding jari kpd org lain.

Comments are closed.