Dr Maszlee menyampaikan syarahan perdana dalam bahasa Melayu di Universiti Goethe, Jerman.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin menubuhan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Goethe, Jerman.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, cadangan penubuhan kursi di Universiti Goethe ini disasarkan untuk menjadi pusat kajian dan penyebaran pengajian Melayu di benua Eropah.

“Ini termasuk dalam langkah kerajaan untuk memperluas dan mengangkat wacana kebudayaan Melayu di peringkat antarabangsa,” katanya sambil menyatakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyatakan tentang penubuhan kursi tersebut semalam semasa melawat universiti berkenaan semalam.

Dr Maszlee turut menyampaikan syarahan perdana dalam bahasa
Melayu di hadapan 50 hadirin yang terdiri daripada para pensyarah Universiti Goethe dan calon-calon PhD di institusi pengajian tinggi itu.

Sempena lawatan kerja itu, Dr. Maszlee turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Universiti Goethe, Profesor Dr. Birgita Wolff yang bertujuan untuk mengadakan kolaborasi antara universiti tempatan dengan universiti ini. – MalaysiaGazette