KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran Buku Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik ini daripada mana-mana pihak atau pembekal.

KPM juga akan mengkaji dengan lebih teliti isi kandungan buku tersebut melibatkan fakta dan orientasi penulisan.

Dalam masa yang sama, KPM juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri(KDN)mengenai aspek keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.