Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju mana-mana pihak menggunakan pentas konvokesyen sebagai pentas protes.

Katanya, hari konvokesyen adalah milik semua graduan dan ibu bapa untuk bergembira, katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Pada masa yang sama beliau juga melahirkan rasa tidak bersetuju terhadap desakan supaya ijazah Wong Yan Ke ditarik balik.

“We can condemn and criticise without depriving a youth of his 4-year education,” katanya.

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, majlis seperti konvokesyen mempunyai protokol, prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi serta dihormati oleh setiap orang.

Katanya, mana-mana pihak boleh berdemonstrasi tetapi di tempat lain dan bukannya mengganggu kelancaran majlis semata-mata mahu menunjukkan pandangan-pandangan tertentu.

Yan Ke, graduan Kejuruteraan Awam UM menunjukkan plakad mendesak Naib Canselor Universiti Malaya, Dr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan dan turut menjerit “ini tanah Malaysia”, selepas menerima ijazahnya di atas pentas Isnin lalu. – MalaysiaGazette