Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings (MAHB) menjejaskan pelaksanaan tempoh menunggu lima minit oleh semua pemandu e-hailing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) SEPANG bertujuan untuk menangani masalah kesesakan.

Sehubungan itu, MAHB menafikan pelaksanaan itu sebagai satu cara untuk menjana pendapatan tambahan seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.

Sebagai lapangan terbang yang sibuk, KLIA mempunyai purata 165,000 penumpang yang melalui terminal utama dan klia2 setiap hari.

Hab pengangkutan awam di kedua-dua terminal digabungkan menyaksikan purata 2,200 kenderaan pengangkutan awam setiap hari, termasuk purata 300 pemandu e-hailing.

Oleh kerana itu, terdapat keperluan penting bagi MAHB melaksanakan tempoh masa menunggu maksimum untuk mengelakkan kesesakan dan mendatangkan kesulitan seterusnya untuk semua penumpang di lapangan terbang.

MAHB berkata, pihaknya telah melaksanakan tinjauan terlebih dahulu dalam melaksanakan tempoh masa berkenaan.

Kajian itu menunjukkan pengambilan bagi enam orang penumpang termasuk warga emas dan kanak-kanak boleh dicapai dalam masa kurang dari empat minit.

“Data MAHB juga menunjukkan bahawa sejak 12 Oktober 2019, sebanyak 95% daripada semua pemandu e-hailing telah berjaya melakukannya dan ini telah meningkatkan aliran kenderaan di terminal, sekali gus mengurangkan kesesakan.

“Kaedah itu juga dapat mengelakkan pemandu e-hailing daripada membayar sebarang caj tambahan jika keluar dari terminal daripada tempoh yang ditetapkan,” menurut MAHB.

Sekiranya penumpang mereka belum menunggu di pick-point yang ditetapkan dalam masa yang ditetapkan, pemandu kemudian boleh memilih untuk keluar dari kawasan tersebut terlebih dahulu dan masuk semula ke kawasan terminal.

MAHB juga ingin mencadangkan bahawa semua pemandu e-hailing membuat pengesahan terlebih dahulu dengan penumpang untuk memastikan penumpang sudah menunggu di tempat pick-up (ambil penumpang)

Proses yang sama juga digariskan dalam pekeliling yang telah dihantar kepada semua pengendali e-hailing.

Di samping itu, Malaysia Airports juga telah menetapkan kawasan menunggu tambahan untuk pemandu e-hailing bertentangan dengan Long Car Park (LTCP) yang hanya 5 minit memandu dari terminal.

“Kami menggalakkan semua pemandu e-hailing untuk menggunakan sepenuhnya ruang menunggu ini kerana ia akan membantu anda untuk bekerjasama dalam mengurangkan kesesakan di terminal,” kata MAHB. – MalaysiaGazette