TERKINI : Saya Bukan Wartawan “Tak Patut Meraikan Orang Yang Hilang Kerja” – Shahril Sufian

SHAH ALAM – Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar sepatutnya menggunakan peluang sebagai ahli panel dengan memberi cadangan yang boleh menghidupkan kembali syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.

Atau, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, sekurang-kurangnya beliau memberi kritikan membina, bukan secara lisan meraikan orang lain kehilangan kerja.

“Sepatutnya dia kata, mungkin atas sebab-sebab ini (penutupan akhbar Utusan Melayu), (Maka) inilah cadangan (dari) saya (atau) inilah cara saya, mungkin kita boleh menghidupkan kembali. Itu okeylah.

“Itu baru dikatakan kritikan dan cadangan membina, bukan merai orang hilang kerja.