TERKINI : Saya Tak Nak Komen “Facebook NAJIB” – Dr. Mujahid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof enggan melayan status Facebook milik Datuk Seri Najib Razak mengenai prestasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melihat tidak ada keperluan untuk menjawab komen daripada media sosial oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Saya tidak ulas status FB Datuk Seri Najib,” katanya ringkas.

Beliau ditemui pihak media selepas merasmikan Seminar Pelaburan ESG BIMB Investment 2019 di sini hari ini.