Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) diiringi Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (kiri) melakukan gimik Pelancaran Kad Kenangan 'Gold Bar' Lagenda Sukan Negara di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2019.

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih ramai pemegang taruh dalam sektor korporat dan swasta tampil membela nasib bekas atlet.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, tanggungjawab menjaga kebajikan atlet serta bekas atlet yang mengharumkan nama negara tidak seharusnya dipikul sepenuhnya oleh kerajaan.

Sebaliknya kata beliau, penyertaan sektor korporat dan swasta serta individu juga penting dalam membela nasib [ara atlet.

“Saya gembira dengan inisiatif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang mengadakan begitu banyak program termasuk Tabung X Kad Kenangan Gold Bar untuk mengumpul dana bagi membiayai kebajikan bekas atlet secara tetap.

“Kami di KBS akan sentiasa menyokong pihak seperti Yakeb selain inisiaif baharu dibawah menerusi KBS pada masa depan.

“Tahun lalu KBS telah memberikan dana khas, dan tambahan untuk kebajikan bekas atlet dengan kad khas menanggung kos rawatan bekas atlet oleh kerajaan sedia ada,” katanya semasa menyempurnakan pelancaran Kenangan ‘Gold Bar’ Legenda Sukan Negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan, kerajaan menagih lebih banyak sektor korporat dan swasta menghulurkan bantuan membela kebajikan bekas atlet negara selepas ini.

Menurutnya, banyak kes melibatkan bekas atlet yang mengalami kesukaran berikutan peningkatan kos sara hidup.

“Bayangkan jika kebajikan bekas atlet tidak terbela, apa nasib sukan negara serta atlet muda, mereka pasti akan hilang kepercayaan terhadap sukan menjamin masa depan mereka. Silap silap ibu bapa lagi tidak akan hantar anak mereka untuk menceburi sukan sebagai masa depan mereka” ujarnya.

Ditanya jumlah korporat dan swasta yang bersedia menyahut seruan KBS, Syed Saddiq mengakui bilangannya masih kecil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast