Mohd Shukrie Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Berhad bercadang untuk memindahkan Emporium Eraman di klia2 untuk memenuhi keperluan pengembagan dan penyusunan semula kawasan imigresen di lapangan terbang itu.

Penempatan semula itu akan memberi lebih banyak ruang dan melancarkan aliran di bahagian imigresen, kata Ketua Pegawai Operasi MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.

Beliau mengulas mengenai rungutan para penumpang klia2 semalam yang terpaksa beratur panjang dalam berurusan di di imigresen.

AirAsia dan AirAsia X turut menyatakan masalah sama dan meminta MAHB segera menyelesaikannya.

Bagaimanapun, Mohd Shukrie berkata, kes semalam adalah isu terpinggir memandangkan secara purata pelepasan di kaunter imigresen dalam satu minit.

Malah, beliau berkata, aduan para penumpang klia2 telah disampaikan kepada Jabatan Imigresen dan MAHB akan bekerjasama rapat untuk mengelakkan ia berlaku lagi.

“Kami mengakui kekangan tertentu yang dihadapi oleh imigresen dan ketika mereka sedang berusaha meningkatkan sumber daya, lapangan terbang sedang mencari kaedah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

“Salah satu rancangannya adalah untuk memindahkan Emporium Eraman di klia2 untuk memenuhi keperluan pengembangan dan penyusunan semula kawasan imigresen dengan menawarkan lebih banyak ruang dan membolehkan aliran yang lebih lancar di imigresen,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.