Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.68 seliter mulai esok hingga 25 Oktober.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.31 seliter.

Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 iaitu RM2.37 seliter dan diesel RM2.27 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 19 Oktober 2019 sehingga 25 Oktober 2019 adalah berjumlah RM123.81 juta. – MalaysiaGaz

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast