KUALA LUMPUR – Tiada maklumat dan data yang terjejas susulan penggodaman sistem e-pay Universiti Malaya (UM) lewat malam tadi.

UM dalam satu kenyataan di sini hari ini mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan sistem jaringan dan sistem e-pay kini telah siap diperbaiki sejak tengahari tadi.

Sistem jaringan juga telah diaktifkan semula bagaimanapun sistem e-pay masih lagi menjalani proses ujian dan akan diaktifkan semula dalam masa terdekat.

“Universiti Malaya ingin mengesahkan bahawa sistem e-pay kami telah digodam lewat malam semalam.

“Sebaik sahaja dikesan, sistem telah ditutup bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dilaksanakan,” katanya.

Lewat malam tadi, pautan berbayar di laman web rasmi UM telah digodam yang mana klik pada pautan tersebut membawa ke halaman yang tertera beberapa ayat:

Universiti Malaya (UM) berdepan satu lagi kontroversi apabila pautan berbayar di laman web rasminya menjadi sasaran penggodam tengah malam tadi.

Biar Mati Dari Hidup Melutut
I would rather die standing than live kneeling.
If my words threaten those in power, so be it.
If my pictures alarm the people, that is good.
Your teeth come down, my sword goes up.
#NoRasis #UndurVc #University of Malaya.

– MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast