Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tiga kiri) diiringi Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed (empat kiri) menyerahkan sumbangan kepada bekas atlet olahraga negara, Janudin Taib (dua kiri) pada Majlis Pelancaran Kad Kenangan 'Gold Bar' Lagenda Sukan Negara di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2019.

PUTRAJAYA – Yayasan Kebajikan Bekas Atlet (Yakeb) hari ini melancarkan jualan Kad Kenangan ‘Gold Bar’ Legenda Sukan Negara yang bertjuan menyalurkan bantuan kepada bekas atlet negara yang berdaftar dengan yayasan tersebut.

Penjualan kad itu diletakkan di bawah inisiatif Pengumpulan Dana Kempen ‘Tabung Yakeb For X-Athelete’ (#TabungX).

Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang menyifatkan pelancaran kad tersebut sebahgai penghormatan kepada bekas atlet negara berkata, sebanyak RM30 daripada jualan setiap kad itu akan disalurkan ke Tabung X dan ia boleh dijual semula di Pejabat Pos.

“Reka bentuk Kad Kenangan Gold Bar Legenda Sukan Negara ini memaparkan gambar lama dan baru tiga bekas bekas atlet negara beserta pencapaian mereka dengan gold bar seberat 0.5 gram disematkan pada kad tersebut dan dijual dengan harga RM165 setiap satu,” katanya.

Majlis pelancarkan kad tersebut disempuenakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sini hari ini.

Menurut Noorul Ariffin, pihaknya akan mengeluarkan sehingga 999 keping kad edisi terhad atlet dengan pencapaian mereka ditulis di belakang kad.

Menurutnya, setakat ini Yakeb telah menerima 300 tempahan daripada orang ramai dan pihaknya menyasarkan penglibatan syarikat korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC) menyokong inisiatif itu.

Sementara itu, jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali, Datuk Malek Nor; atlet olahraga, Datuk M. Rajamani dan atlet lumba basikal, Datuk Ng Joo Ngan merupakan diberikan penghormatan untuk menghiasi edisi awal kad kenangan tersebut.

Ketiga-tiga atlet itu yang merupakan ahli Yakeb bersetuju untuk tidak mengambil sebarang royalti bagi membolehkan hasil jualan yang diperoleh Yakeb dapat dimanfaatkan kepada ahli-ahli yayasan tersebut.

Tempahan boleh dibuat dalam talian atau menguhubungi Yakeb di talian totline 0129996006 atau 03- 20924841 atau e-mel di alamat [email protected] atau [email protected].

Bayaran boleh dilakuakn secara tunai atau pindahan bank menerusi akaun CIMB bernombor 8000644425 di atas nama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.

Pembeli akan menerima kad tersebut dalam tempoh lima hari bekerja. – MalaysiaGazette