KUALA LUMPUR – Lebih kurang 30 kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini diberikan khidmat nasihat daripada seorang peguam secara pro bono selepas menjadi antara mangsa punca kemelut berakhirnya operasi syarikat itu.

Ku Amirul Faiz Bin Ku Seman berkata semua pekerja berhak menggunakan medium berlandaskan undang-undang untuk mendapatkan gaji dan tunggakan seperti yang dijanjikan sebelum menamatkan khidmat mereka.