Adakah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin akan memulihkan UMNO?

KUALA LUMPUR – Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin berkata, pemimpin seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Khairy Jamaluddin Abu Bakar penting untuk meneruskan kelangsungan UMNO.

Menulis pengamatan perkembangan politik tanah air di laman blognya, tokoh wartawan itu yakin Hishammuddin dan Khairy yang disifatkan sebagai Melayu moderat itu adalah jawapan kepada kemelut kepimpinan UMNO.

“Dalam keadaaan ketiadaan pengurusan yang jelas dan barisan kepemipinan UMNO dilihat menyamai era Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein muncul sebagai pemimpin de facto.

“Kata-kata beliau (Hishammuddin) dipandang serius oleh ahli-ahli UMNO dan masyarakat umum berbanding Najib dan Ahmad Zahid,” katanya dalam catatan bertajuk The Hishammuddin Poser: How Real Was It?

Kadir menarik perhatian perkembangan terbaharu dalam UMNO yang menjalin kerjasama dengan Pas menerusi agenda perpaduan ummah di mana tidak semua ahli parti itu berasa selesa dengan  perdamaian yang terjalin.

Ini kerana, katanya, mereka tahu Pas pasti akan menguasai UMNO di mana parti itu berjuang bersandarkan agama manakala UMNO pula menggunakan duit dan sekarang parti itu mengalami masalah kewangan.

“Orang seperti Hishammuddin yang Allahyarham bapanya Tun Hussein Onn merupakan antara pengasas UMNO dan Khairy tidak terlibat dalam gerakan ummah UMNO-Pas,” katanya yang menyifatkan apa yang berlaku sebagai perkembangan menarik.

Kadir juga menyentuh mengenai pertemuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathr Mohamad dengan sesiapa sahaja.

Katanya, sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berjumpa dengan sesiapa sahaja yang mahu bertemu dengannya, justeru bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika beliau bertemu dengan pemimpin UMNO dan Pas.

“Beliau adalah perdana menteri untuk semua,” katanya.

Mengulas lanjut, Kadir berkata, jika Dr Mahathir boleh bekerjasama dengan seterunya untuk menjatuhkan Barisan Nasional, mengapa pula beliau tidak boleh bertemu Hishammuddin atau Khairy?

Katanya, jalan cerita menjadi lebih sensasi apabila Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang merupakan Menteri Kepenggunaan, Koperasi dan Perdagangan ketika era Najib muncul.

Hamzah, menurut Kadir, merupakan ahli UMNO yang penting dan terlibat dalam pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan parti pada tahun 1998.

“Awal tahun ini, beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan merupakan peneraju utama dalam Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh empat unversiti awam.

“Jadi apabila nama Hishammuddin dikaitkan dengan Hamzah dan kongres, ia mencetuskan teori bahawa kedua-duanya bergerak untuk mendekatkan UMNO dengan Dr Mahathir, dan ini kemudian dikatkan dengan pelan peralihan Pakatan Harapan,” katanya.

Bagaimanapun, Kadir berpendapat, pemimpin seperti Hishammuddin dan Khairy lebih penting untuk survival UMNO daripada pelan peralihan Pakatan Harapan kerana katanya menyerahkan UMNO kepada kepimpinan sekarang ini menyebabkan parti berhadapan kesukaran untuk kekal.

Sedangkan, katanya, pelan peralihan PH iaitu berkait penyerahan kuasa daripada Dr Mahathir kepada Anwar telah pun dipersetujui.

“Tetapi kita kena menerima bahawa takdir bukan di tangan kita dan proses demokrasi selalunya berliku,” katanya.

Baru-baru ini Hishammuddin dikatakan mengetuai gerakan penubuhan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. H2O dgn KJ ni ke laut la jawabnya… Kadir Yassin saje je nak pecahkan umno dgn cubaan mereka-reka team dlm umno… H2O dgn KJ ni mmg mudah makan pujuk 🙂

    Ada 3 three stooges dlm umno… H2O, KJ and Nazri 🙂

Comments are closed.