Nasrul Ali Hasan
Nasrul Ali Hasan

KUALA LUMPUR – Peruntukan untuk sukan di Parlimen Tanjung Piai secara tidak langsung menunjukkan Kementerian Belia dan Sukan telah memulakan kempen rasuah.

Ketua penaja Pergerakan Wira Putra Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif ketika mendedahkan perkara itu berkata, pengumuman menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meluluskan peruntukan RM4 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasi adalah perbuatan membeli undi rakyat.

“Pengumuman diambang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai ini adalah sebagai permulaan kempen rasuah secara tidak langsung bagi membeli undi rakyat.

“Ini juga jelas menunjukkan prinsip dikatakan ‘Melayu Bermaruah’ yang diamalnya hanyalah retorik semata-mata.

“Tembok amalan rasuah yang dikatakan menjadi amalan UMNO dahulu yang ingin dipecahkannya kini dibina untuk dirinya sendiri,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Nasrul Ali Hasan, sebagai pemimpin mewakili anak muda yang seharusnya menjadi ikon masa depan yang berintegriti, seharusnya tidak mengulangi perkara sama seperti sentiasa dilaungkan dalam ucapannya.

Lebih dahsyat lagi, ujar beliau, menggunakan nama Allahyarham Datuk Dr. Md. FARid Md. Rafik sebagai alasan untuk menghalalkan cara adalah satu tindakan tidak wajar.

Katanya, tindakan mengumumkan peruntukan di ambang PRK ini saling tak tumpah seperti berlaku sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan yang juga turut ditentang habis-habisan oleh Syed Saddiq sebelum ini.

“Pengulangan ini ibarat mengata dulang paku serpih, mengata orang Syed Saddiq yang lebih.

“Sesuatu pembangunan dengan peruntukan sedia ada memang di bawah tanggungjawab kementerian beliau untuk menyelesaikannya. Tetapi pengumuman itu jelas menunjukkan sebelum ini Syed Saddiq tidak berminat langsung dan tidak mahu membangunkan kemudahan pusat rekreasi di Tanjung Piai.

“Ini kerana sudah hampir hujung tahun baru nak umumkan peruntukan dan dijadikan cerita, Allahyarham Dr. Md. Farid meninggal dunia pada bulan lepas baharu peruntukkan diluluskan, sebagai modal politik mendapatkan undi rakyat Parlimen Tanjung Piai. Jadi, adakah ini penunaian janji atau rasuah demi undi?,” katanya.

Sementara itu, beliau mahu tengok sejauh mana ketegasan Syed Saddiq berkenaan buku komik propaganda DAP yang menghina Islam itu, diperjuangkannya.

Tegasnya, Wira Putra mengecam tindakan penyebaran dakyah yang melanggar peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan itu.

Ideologi ektremis anti-Islam itu akan memberi kesan kepada golongan muda yang mindanya masih bersih, suci dan mudah menerima segala perkara baharu sekiranya tidak dibendung dari awal.

Katanya, demi memastikan belia yang akan menjadi pelapis kejayaan masa depan negara, Wira Putra menggesa sesiapa sahaja yang terlibat dengan penyebaran komik itu segera ditahan dan disoal siasat menggunakan Akta Sosma kerana membawa ideologi ekstrim memecahbelahkan kaum dan agama di Malaysia. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. JANGAN TERTIPU Wahai Pengundi TG PIAI.Cakap NYA SAJA!INI Cara Nak Pancing UNDI.JANGAN DILAYAN PEMBELIT TU!Kalau DiLayan DIA Akan BELIT KALIAN.AWAS!DIA Datang Bawa LAMBANG BELIT.Sediakan PARANG UNTUK PUTUSKAN BELIT TU!

Comments are closed.