Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menyiasat berhubung isu pencerobohan tanah haram di Raub.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyokong tindakan bagi mendapat keadilan sewajarnya kepada semua pihak.

“Baguslah SPRM buka kertas siasatan berhubung isu pecerobohan. Memang sokong tindakan itu. Agensi kerajaan memang akan bagi kerjasama, kalau tidak nanti akan kena tuduh menghalang penjawat awam melakukan tugas,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian sejurus Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini semalam.

Pada 22 April lalu, SPRM telah membuka semula kertas siasatan berhubung isu penerokaan hutan simpan secara besar-besaran di Raub susulan pendedahan terbaharu yang mencetuskan perhatian masyarakat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terdahulu yang dibuka pada tahun 2021 kini disambung semula dengan tumpuan khusus terhadap beberapa aspek berkaitan tatakelola dan unsur rasuah yang dipercayai membolehkan penerokaan haram terus berlaku. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ceroboh tanah haram: Jangan cabar ketegasan kerajaan Pahang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast