WASHINGTON – Presiden Donald Trump membatalkan rancangannya untuk mengadakan mesyuarat pemimpin negara G7 di pusat perangian Doral, Florida pada tahun depan.

Dituduh menggunakan jawatan presiden untuk memperkayakan diri beliau dengan menganjurkan sidang kemuncak antarabangsa itu di sebuah resort milik keluarganya, Trump mengumumkan keputusan yang ditarik balik itu pada malam Sabtu.

“Berdasarkan kegilaan kedua-dua media dan Democrat dan permusuhan tidak rasional, kami tidak lagi mengambil kira Trump National Doral, Miami sebagai lokasi tuan rumah untuk G7 pada 2020,” kata Trump menerusi akaun Twitter.

Beliau berkata, pentadbiran beliau ‘akan mula mencari lokasi lain dengan segera, termasuk kemungkinan Kem David’.

Ketua Staf presiden, Mick Mulavey yang mengadakan sidang media pada Khamis lalu mengumumkan pemilihan Doral untuk menjadi tuan tumah bagi mesyuarat tersebut.

Beliau menyatakan kakitangannya telah memuktamadkannya bahawa ia adalah ‘kemudahan fizikal yang terlalu baik’.

Mulvaney berkata, White House mencapai keputusan tersebut selepas melakukan lawatan ke 10 lokasi lain di seluruh negara.

Pentadbiran Trump merupakan pentadbiran rasmi pertama secara terbuka mencadangkan pemilihan hartanah itu bagi menjadi tuan rumah sidang kemuncak tersebut pada Ogos lalu dengan menyatakan ia berada dalam senarai pendek dan memuji kemudahan dan jaraknya yang dekat dengan lapangan terbang antarabangsa Miami.

Ulasan yang dilakukan lebih sebulan sebelum pengumuman rasmi menerima kritikan daripada kumpulan tadbir urus yang baik dan ahli Democrat yang menyatakan tentang peningkatan kekhuatiran bahawa Trump menggunakan White House untuk menambah kekayaan peribadi.

Kritikan tidak reda, malah ketika Trump menyatakan beliau akan menanggung kos sidang kemuncak itu walapun enggan mendedah perincian kewangan.

Perhimpunan tahunan ketua negara itu seridak-tidaknya memberi nilai yang baik kepada hartanah miliknya.

Sejam sebelum Trump melakukan pengumuman, calon presiden dari parti Democratic, Joe Biden mengutuk pemilihan Doral untuk sidang kemuncak tersebut.

“Menjadi tuan rumah G7 di hotel Trump? Seorang presiden sepatutnya tidak menggunakan jawatan untuk keuntungan peribadi,”  kata bekas Naib Presiden.

Pada Khamis lalu, Mulvaney menolak kemungkinan Kem David merupakan lokasi sidang kemuncak itu dengan mendakwa: “Saya memehami mereka yang menyertainya tidak menyukainya (Kem David) dan berpendapat ia sebuah tempat yang  sengsara untuk mengadakan G7,”.

Beliau menambah, ia adalah terlalu kecil dan terpencil untuk sidang kemuncak bertaraf antarabangsa.

Mulvaney berkata, terdapat lokasi yang belum diputuskan di Hawaii dan Utah dalam senarai pendek. Adalah tidak jelas jika mereka masih lagi mempertimbangkannya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast