Adisorn Sermchaiwong

KUALA LUMPUR – CIMB Group mengumumkan pelantikan Adisorn Sermchaiwong sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Thai Bank PCL berkuatkuasa 19 Oktober 2019.

Pelantikan ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang CIMB Group untuk memastikan francaisnya sebagai multinasional ASEAN yang terkemuka, terus kekal teguh berkembang dengan landskap operasi yang mencabar.

Adisorn yang bersama kumpulan itu sejak tujuh tahun lalu menggantikan Kittiphun Anutarasoti yang tamat tempoh kontraknya.

Beliau membawa rekod pencapaian yang kukuh di dalam pengurusan perbankan dan kewangan, aset/pelaburan, pengurusan kekayaan, saluran dan perbankan runcit, merentas pasaran Thailand dan serantau.

Adisorn akan meneruskan momentum daripada transformasi bank yang berjaya dilaksanakan oleh penyandangnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.