Ahli Parlimen Nibong Tebal, Prof. Madya Datuk Dr. Mansor Othman berkerusi roda selepas rebah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 turut diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 21 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Prof. Madya Datuk Dr. Mansor Othman sudah stabil.

Wan Azizah berkata, ia berdasarkan kepada penilaian beliau selepas menemani Mansor ke klinik Dewan Rakyat sebentar tadi.

“Alhamdulillah dia dah ok, mungkin tekanan darah turun sikit semasa tu, dan dia dah pulih Alhamdulillah. Tapi dia mesti ikut prosedur, akan dirujuk ke hospital untuk ‘check up’ sepenuhnya.

“Saya tanya ni kenal tak siapa, dia kata kenal. Tekanan darah pun naik dah semua, gula pun ok, jadi dia akan check up selepas ni,” katanya selepas selesai menemani Mansor di klinik.

Menurut Wan Azizah, punca Mansor rebah mungkin disebabkan oleh serangan ‘syncopal’.

“Doktor kata berkemungkinan syncopal attack, bila you bangun, bercakap, lepas tu blood pressure turun sikit, lepas tu macam pitam la,” katanya lagi.

Terdahulu Mansor rebah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 jam 3.18 petang tadi.

Beliau kini di dalam klinik dan dipercayai akan dibawa ke hospital. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast