TERKINI : Parlimen Kecoh “Ahli Parlimen REBAH”

KUALA LUMPUR – Satu jam selepas sesi petang Dewan Rakyat dimulakan semula, Ahli Parlimen Nibong Tebal Prof. Madya Datuk Dr. Mansor Othman tiba-tiba rebah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Beliau sebelum ini didapati hilang keseimbangan badan dan rebah.

Beliau kemudiannya dipapah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Kedengaran Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming meminta mana-mana Ahli Parlimen yang memegang jawatan doktor agar terus merawat Mansor.