KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen antara individu pertama yang sedar akan keadaan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Dr. Mansor Othman yang mula hilang imbangan dan kemudiannya rebah.

Malah Wong Chen berkata, suara Mansor berubah sebelum rebah dan berjaya dipegang oleh beliau.

“Saya segera bangun dan memegangnya, dan segera Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh bergegas dari belakang,” katanya kepada media.

Sejurus kemudian Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii tampil memberikan rawatan.

“Pada mulanya, kita buat ruang untuk dia berbaring.

“Salah satu perkara pertama ialah mengangkat kakinya.

“Sebab utama mungkin adalah tekanan darah rendah.

“Walaupun dia sudah sedar sekarang, dia masih perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Terdahulu Mansor rebah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 jam 3.18 petang tadi.

Mansor kini dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast