KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta tidak menyalahgunakan kuasa menutup mulut rakyat yang menghentam kerajaan.

Ini kerana, rakyat berhak untuk menghentam kerajaan yang tidak betul, kata pemerhati politik, Dr Novandri Hasan Basri.

“Ohh….sudah tentu. Mana boleh dibiarkan begitu saja. Dan benar…adalah hak rakyat untuk hentam kerajaan yang tidak betul. Cuma kita minta, jangan salah guna kuasa untuk tutup mulut rakyat,” katanya.

Dr Novandri mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, sesiapa sahaja boleh mengkritik kerajaan sekiranya melakukan perkara tidak betul.

Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk mengkritik kerajaan termasuklah media yang selalu mengkritik PH.

Beliau mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menyebabkan banyak kerosakan dalam masa yang singkat.

Dakwa beliau, Kabinet PH tidak efektif dan tidak ada kredibiliti kerana terpalit dengan pembohongan manifesto dan janji-janji palsu.

“Yang berjawatan menteri agama pun boleh jadi hipokrit apatah lagi yang lain. Dahulu bantah kenaikan harga petrol tapi sekarang zip mulut hipokrit.

“Atok DAP yang sebelum ini mendakwa negara kehilangan RM100 bilion semasa PM-4, sudah liwat prinsipnya sendiri. Kewayangan yang sering spin status kewangan dan ekonomi negara, kerap dikantoikan oleh Datuk Seri Najib Razak hingga apakah masih ada yang percaya Kewayangan lagi?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Hutang negara semakin bertambah dan aset-aset negara dijual sesuka hati.

Tambahnya, rakyat semakin tertekan, apatah lagi harga petrol dan air akan dinaikkan.

Dakwa Dr Novandri, Kerajaan PH tidak ada rancangan untuk membendung impak negatif daripada kenaikan harga barangan dan lain-lain.- MalaysiaGazette

Kalau kerajaan tak betul, boleh hentam – PM