Jihan Muse

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara, Jihan Muse dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AAA) 2019.

Kemenangan Jihan itu diraih menerusi lakonannya dalam telefilem Keluarga Baha Don yang disiarkan di saluran perkhidmatan penstriman Viu.

Jihan atau Nuur Jihan Musa, 36, mendedikasikan kemenangan tersebut buat para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya selama ini.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Best Comedy Performance In Asian Academy Creative Awards, Cannes.

“Tahniah #kesuma, @viumalaysia, @anomalousfilms @susan_lankester @kyerotherapy dan everyone involved in this Malaysian Mafia Series #keluargabahadon. See u At Season 2 Best Comedy Programme

“Untuk pendukung @jihanizer jangan kecewa mak tak menang kat ABP, AME.. nah ambik ni untuk korang. Tq @mylolentertainment,” tulis Jihan di Instagram miliknya.

Setiap pemenang AAA dinilai sebagai yang terbaik di negara masing-masing dalam kategori dipilih di mana terdapat 35 kategori bagi setiap negara yang dipertandingkan di dalam AAA.

Pemenang akan mewakili negara masing-masing bersama 15 negara lain pada malam gala yang bakal berlangsung Disember nanti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast