Chong Ton Sin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad secara jelas menyindir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kenyataan mengenai usaha mewujudkan ‘kerajaan pintu belakang’, siang tadi.

Secara sinis, Setiausaha Pengelola PKR itu berkata, Azmin sepatutnya fokus kepada tugas utamanya sebagai menteri yang menjaga hal ehwal ekonomi daripada memperlekehkan muafakat antara pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Bila @chedetofficial @anwaribrahim sibuk bina Pakatan Harapan, dia duk pertahan Pakatan Rakyat yang dah tak wujud sebab sayangkan jawatan MB.

“Bila PH umum Dr M PM7 & Anwar Ibrahim PM8, buat kecoh. Lepas menang PH, duk perlekeh muafakat PH. Fokus kerja ekonomi pls,” katanya di Twitter.

Umum mengetahui Azmin adalah bekas Menteri Besar Selangor dan sekarang menjawat jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hari ini, Azmin berkata, mereka yang berhasrat untuk mengambil-alih sebelum berakhirnya penggal kerajaan sekarang harus dirujuk sebagai ‘kerajaan pintu belakang’.

“Mana ada kita mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan setiap dua tahun atau satu tahun? Jadi saya harap mereka yang terobsesi dengan kuasa akan menghormati mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang memutuskan kerajaan selama lima tahun.

“Jadi ada pihak yang merombak pentadbiran dan kerajaan lebih awal dari itu, dua atau tiga tahun atau satu tahun, itulah kerajaan pintu belakang.

“Sepatutnya biarlah Dr Mahathir kekal sebagai PM, sehingga selepas tempoh penggal itu kerana itu mandat oleh rakayat,” kata Ahli Parlimen Gombak itu hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu hari ini sekali lagi mengambil pendirian untuk menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Keputusannya itu bertentangan dengan konsensus Pakatan Harapan yang menyatakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Pengerusi PH itu setelah tempoh maksimum dua tahun berakhir. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ooo klu perjanjian tukar pm dlm masa 2 tahun ko ambil berat n ingat kpd janji…klu ko janji pd rakyat nak bg bulan n bintang masa pilihan raya pru14 hr tu tak pula ko ambil berat..apa punya mnusia lh..duk sibuk nak lantik anwar jadi pm..sdngkan anwar tu tak lyak jadi pm…yg sokong anwar jadi pm tu..mesti ada kepenting nk jawatan dlm.krjaan anwar nnti tu..dlm islam klu seseorg meminta2 utk jadi pmimpin maka mnusia itu tidak lyk jadi pemimpin…fikir2 lh ..#ABCpru15

Comments are closed.