KUALA LUMPUR – Siapa sangka, ratu rock kini mengubah angin dengan menceburkan diri pertanian apabila mengusahakan tanaman fertigasi cili.

Ella atau Nor Zila Aminuddin. rupa-rupanya sudah mula mengusahkan tanaman itu sejak dua tahun lalu tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.

Kini tanamannya itu menurut Ella telah masuk musim keenam dan menghasilkan lapan tan cili.

“Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.

“Setahun, kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik,” katanya dipetik sebagai berkata.

Ladang Ella dan suaminya Azhar Ghazali itu terletak di Puncak Alam, Selangor.

Tambah Ella, setiap ladang mempunyai keluasan 0.4 hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang mencecah lima hingga enam inci.

Memastikan cili yang dikeluarkan ladangnya itu sentiasa bermutu, suami Ella sering membuat penyelidikan berkaitan tanaman tersebut.

Meskipun sudah selesa bergelar usahawan cili namun ratu rock itu berkata tidak akan meninggalkan industri seni yang telah diceburinya 34 tahun.

“Saya akan terus menyanyi kerana minat sejak kecil dan pada masa sama akan memantau perkembangan ladang cili supaya ia tidak dilakukan separuh jalan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast