Bank Negara
Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak AS$103.3 bilion pada 15 Oktober 2019 naik berbanding AS$103 bilion pada 30 September lalu.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, menurut Bank Pusat itu. – MalaysiaGazette