TERKINI : Arwah Masih Hidup “Peruntukan RM4 Juta Sudah Diluluskan” – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan tindakannya mengumumkan peruntukan berjumlah RM4 juta untuk menaik taraf infrastruktur sukan di Tanjung Piai.

Malah Syed Saddiq berkata Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik tahu akan peruntukan berkenaan semasa beliau memegang kerusi Parlimen Tanjung Piai.

“Kalau saya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam infra sukan tak boleh meluluskan permohonan yang dah dibincangkan lama apabila arwah masih hidup, jadi saya tak tahu apa lagi saya boleh buat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Minggu lalu, Syed Saddiq mengumumkan peruntukan persekutuan berjumlah RM4 juta bagi menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan itu.

Ahli Parlimen Muar itu juga berkata permohonan itu dipohon sendiri oleh Allayarham yang merupakan sebahagian daripada peruntukan RM14.6 juta.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ya lh smua..ph n bn dulu sama je..tapi bn lbh baik sikit dpd ph..ph rosak sbb parasik dlm ph tu..smua org tahu parti mna parasit dlm ph…parti yg berasaskn kaum svenis..

Comments are closed.