TERKINI : Ramai Anggap Produk Tempatan Kurang Bermutu – Chong Chieng Jen

SUBANG JAYA- Sepanjang sembilan bulan tahun ini, nilai jualan produk dan perkhidmatan tempatan yang diexport ke luar negara mencecah RM890 billion.

Jumlah ini meningkat RM40 billion daripada rekod nilai export pada tahun 2018, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Katanya jumlah besar ini membuktikan bahawa produk tempatan mendapat tempat di negara luar khususnya di Indonesia dan China kerana kualitinya.

“Anggapan orang asing khususnya China, Indonesia, mereka memandang produk kita bermutu dan berkualiti, jadi tak akan kita export begitu banyak produk kalau tidak bermutu?” soalnya.