TERKINI : Ramai Tidak Tahu 1500 Produk Tempatan Dipasarkan di Mydin – Ameer Ali Mydin

SUBANG JAYA – Mydin memberi ruang 1500 jenis produk tempatan dipasarkan di pasaraya tersebut.

Malah menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin, tiada had jumlah barangan yang boleh dipasarkan daripada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Sebaliknya katanya, Mydin sentiasa memberi peluang kepada usahawan mempromosikan barangan mereka dalam masa yang sama perlu menjaga kualiti barang yang dipasarkan.

“Mana kurang jaga barang tak cukup marketing (pemasaran) kita keluarkan dan masukkan barang baharu.

“Tidak ada sasaran jumlah, jualan juga terpulang kepada penjual,” katanya ketika sidang media.