MONTREAL – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berjaya mengekalkan tampuk kuasa tetapi sebagai  kerajaan minoriti.

Beliau dengan itu memerlukan sokongan daripada parti berhaluan kiri yang lebih kecil selepas berjaya mengharungi pilihan raya yang sukar akibat pelbagai skandal.

Parti Liberal menang dengan memperoleh 156 daripada 338 kerusi yang dipertandingkan.

Ini menyebabkan parti berkenaan kekurangan 170 kerusi yang diperlukan bagi membentuk sebuah kerajaan majoriti.

“Anda berjaya, sahabat. Tahniah,” kata Trudeau kepada penyokong-penyokong pada awal Selasa.

Trudeau yang memegang kuasa pada tahun 2015 menampilkan satu persona berkarisma serta menjanjikan bulan dan bintang.

Bagaimanapun, populariti beliau jatuh apabila beberapa keping gambar beliau bermuka hitam tersebar.

Beliau juga gagal mengendalikan kes rasuah korporat.

Trudeau kini terpaksa bergantung kepada Parti Demokratik Baharu (NDP) untuk meluluskan sebarang undang-undang.-MalaysiaGazette