Carrie Lam

BEIJING – China merancang untuk menggantikan Carrie Lam dengan Ketua Pegawai Eksekutif ‘interim’, menurut Financial Times.

Dengan itu, pentadbiran Lam akan berakhir tidak lama lagi selepas berdepan dengan protes ganas selama berbulan-bulan.

Perubahan itu dilakukan kerana China mahu situasi China kembali stabil sebelum membuat keputusan muktamad.

Jika Presiden Xi Jinping sudah memutuskan kelak, pengganti Lam akan dilantik pada bulan Mac.

Tempoh perkhidmatan Lam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong adalah pada tahun 2022.

Calon-calon yang dijangka menggantikan Lam termasuk Norman Chan, bekas ketua Pihak Berkuasa Moneteri Kong Kong dan Henry Tang, Setiausaha Kewangan dan Ketua Setiausaha Pentadbiran wilayah itu.

September lalu, Reuters melaporkan ucapan Lam yang berkata, beliau mahu melepaskan jawatan sekiranya dia boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pernah meminta Kerajaan China membenarkannya melepaskan jawatan tersebut.

Protes di Hong Kong tercetus selepas mahu memperkenalkan undang-undang menghantar pesalah Hong Kong ke China untuk dibicarakan.

Meskipun rang undang-undang itu telah dibatalkan tetapi demonstrasi masih berlanjutan sehingga hari ini. – MalaysiaGazette